
Blog ini dihasilkan adalah bagi memunuhi permintaan peminat-peminat lagu-lagu rock kapak.Untuk pengetahuan pembaca, saya juga merupakan salah seorang 'kipas susah mati' rock kapak ini.Minat habis gua cakap sama lu :)...Blog saya ini juga menyediakan kemudahan untuk mendownload lirik2 lagu rock kapak yang pernah popular satu ketika dahulu...terdapat juga lirik-lirik lagu yang saya letakkan dsini yang mengandungi cord2 gitar.so,posting saya yang pertama ni saya nak kongsi skit pasal sejarah rock di tanah air kita....enjoy..:P
::Definisi Rock::
Rock sebenarnye adelah perpecahan dari cabang muzik seperti folk, twist & blues. Dari sini, terciptalah muzik rock & roll & seterusnye membawa kepada kewujudan muzik rock.
::Pengaruh::
Muzik rock di Malaysia tercetus apabila kita mula mendengar material muzik barat yg terkenal ketika itu seperti Led Zeppelin, Van Halen, Deep Purple, Black Sabbath & byk lagi...dari sinilah segalanye bermule apabila satu persatu band ditubuhkan yg berteraskan muzik rock.
::Konsep & Cara Pemakaian::
Spike, leather, chains & jaket jeans menjadi trademark untuk mat2 rock ketika itu. Jeans yang ketat, t-shirt yg tidak berlengan yg tertera lambang matahari terbit (lambang band Loudness) kasut kulit tinggi, tak kurang juge kasut sneakers hi-cut yg berjenama popular seperti Reebok, Nike, Aliph & Adidas menjadi pilihan mereka ketika itu. Rambut plak jgn ckplah..mane ade mat rock dulu berambut pendek?
::Rock Mula Tercetus::
Ramai berpendapat bahawa Sweet Charity lah yg mule2 mencetuskan fenomena muzik rock di Malaysia walaupun ianya ditubuhkan di Singapura...Sweet Charity ditubuhkan pada tahun 1974 dan dianggotai oleh Ramli Sarip (Vokal), Rosli Mohalim (Gitar), Wan Ahmad (Gitar), Syed Hassan (Bass), Rahman Sarbani (Dram), Masrom & Ahmad Jaafar (Kibod). Sweet Charity jugelah yg meletakkan muzik rock di landasan yg sebenar sehingga mereka dilabel sebagai Deep Purple Singapura! Lagu2 seperti Kamelia, Teratai, Sejuta Wajah, Hilang Gelap Terbitlah Terang cukup memberikan kesan yg begitu mendalam terhadap industri rock yg baru wujud ketika itu.
::Perkembangan Muzik Rock::
Dari sini, satu persatu band yg berlandaskan muzik rock mule ditubuhkan...antara band yg terawal ditubuhkan selepas kemunculan Sweet Charity adelah:
Search
-ditubuhkan pada tahun 1981 di Johor Baharu & dianggotai oleh Yazit (Dram), Hillary Ang (Gitar), Memek (Bass) & Zainal (Vokal). Album mereka yg pertama ialah Cinta Buatan Malaysia yg telah diterbitkan pada tahun 1985. Ketika ini, tempat Zainal telah digantikan oleh Amy sebagai penyanyi, Nasir menggantikan Memek sebagai pemain bass & kemasukan Din sebagai pemain gitar kedua.
Ella & The Boys
-juga ditubuhkan pada tahun 1981 & terdiri daripada Ella (Vokal), Lord (Gitar), Ayie (Bass) & Mie (Dram). Nama 'Ella' telah diletakkan bersama 'The Boys' bagi memberi penghormatan terhadap diva rock pertama ketika itu. Shima juga pernah menyertai kumpulan The Boys dan menggunakan nama band sebagai Shima & The Boys.
Lefthanded
-pada asalnye Rahim Maarof yg menjadi penyanyi utama sehinggalah kemasukan Nash & melahirkan album pertama Lefthanded iaitu Keadilan. Ketika ini Lefthanded terdiri dari Nash (Vokal), Man Kidal (Gitar), Samad (Gitar), Yan (Bass) & Man Dayak (Dram).
Kembara
-satu lagi 'otai' yg tidak patut diketepikan. Ditubuhkan di Singapura & terdiri dari trio M.Nasir, S.Shahlan & A.Ali. Muzik mereka berteraskan muzik 'folk' yg sebenarnye adelah salah satu daripada tunjang muzik rock. Dengarkan lagu seperti Hati Emas, Kembara & Ekspress Rakyat & lagu2 inilah yg memberikan kesan mendalam terhadap perkembangan muzik rock.
Rusty Blade
-juga ditubuhkan di Singapura & telah melahirkan album pertama yg bertajuk 786 Ikrar Perwira pada tahun 1981. Dianggotai oleh Yantzen (Vokal), Khalid Mubin (Gitar), Md Noor (Gitar), Izad (bass) & Izan (Dram). Keunikan muzik rock yang mereka bawa telah membuatkan Rusty Blade dilabel sebagai Iron Maiden Singapura!
::Kesinambungan::
Selepas itu, iaitu di sekitar tahun 1987 sehingga awal tahun 90'an semakin banyak band ditubuhkan & menjadikan muzik rock satu muzik yang happening sekali pada zaman tersebut. Buktinya, semakin banyak pertandingan2 rock dianjurkan utk mencari band2 baru yg berpotensi, Juara Lagu juga menyaksikan muzik rock yg banyak mendominasi lain2 kategori pada masa itu! kelebihan yg ada pada band2 rock ni adelah keupayaan mereka untuk membawakan muzik secara live kerana vokalis dulu mempunyai pitch yg tinggi, gitaris yg mempunyai skil gitar yg tersendiri juga drummer yg mempunyai stamina untuk bermain. Aku gerenti kalau penyanyi skang ni x boleh bwk lagu2 dari band rock 80'an..! Betul x? Skang pun byk syarikat rakaman yg keluarkan balik lagu2 rock 80'an...kenape? Jawapannye senang je..industri muzik skang dah ketandusan idea!!!
::Perjuangan Yang Belum Selesai::
Walaupun band2 sekitar tahun 80'an kebanyakannye sudah tidak wujud lagi, perjuangan untuk memartabatkan muzik rock tetap diteruskan apabila band generasi 90'an seperti Ukays, Utama, Slam, Visa, Tropika (kini dikenali sebagai Jinbara) , Spring, Senna & byk lagi band2 yg ingin terus memperjuangkan muzik rock biarpun ketika ini (90'an) scene rock tidaklah semeriah tahun 80'an dulu. Apepun, muzik rock telah meninggalkan kesan yg begitu mendalam terhadap industri muzik tanah air.
Antara band2 yg pernah mewarnai industri rock sekitar tahun 80'an seperti Wings, May, SYJ, BPR, Gersang, Gamma, Dinamik, Febians, Crossfire, Bloodshed, Blackrose, Olan, Masa, Mega, Medicine, Desire, Illusi, Iklim, Menara, Laksamana, Ekamatra, Melissa, Lela, Wichitra, Junction, CRK, Meditasi, Cinema, Lipan Bara, Lagenda, Terrarossa, Sensasi, UG14, Analisa, Metallian, Putra, Slash, Zabarjad, Utopia, Teras, Etika, Erat, Gravity, Skala, Figures, Bahtera, Garuda, Pratayuda, FRU, Ariwatan, Kejora, Projek, Wizard, Gerimis, Villosa, Urgent, Jitu, Gerimis, Mutiara, Sejati, Burnmarks, Scandals, Axthara, Aroma, Warisan, Kafilah, G.E.T, Aryan, Zodiak, Izzaka, Perdana, Sahara, ODC, Suria, Destinasi, Hatty, Fantasia, D' Riyadh, Strangers, Finalist, Sera, Teja, Vagrant, Helter Skelter, Unwanted, Rockers....argghhh...byk lagi band kalau nak tulis!
::Info Rock::
-gitaris asal Wings adelah Sham, selepas beliau meninggalkan Wings beliau menubuhkan CRK & tempat Sham digantikan oleh Joe yg pade asalnnye menganggotai Scandals.
-Zainal merupakan vokalis asal Search, kemudian Amy masuk menggantikan beliau. Amy sebelum itu pernah menganggotai Titanic.
-sebelum menubuhkan May, Mus (vokal) & Abu (gitar) pernah menubuhkan Titiwangsa ketika di Kuala Lumpur.
-bekas pemain bass Teja iaitu Empy telah menyertai Spring pada tahun 1992 sehingga kini.
-sebelum bergelar penyanyi solo, Hattan pernah menyertai Pratayuda & FRU di sekitar tahun 80'an.
-SYJ adelah singkatan bagi 'Syed Yusuf Jamalullail'.
-Zarith merupakan penyanyi asal Mega, selepas beliau meninggalkan Mega tempatnye diganti oleh Rahmat yg pade asalnye penyanyi Gerimis.
-pemain dram Les Sekinchan iaitu Ogie adelah bekas pemain dram Babylon yg popular sekitar tahun 80'an.
-Aris Ariwatan bukanlah name sebenar Aris. Sebaliknye name itu diperolehi apabila beliau menganggotai Ariwatan sehingga nama Aris Ariwatan terus kekal sehingga kini.
-Amir yg menjadi penyanyi Ukay's merupakan penyanyi asal kumpulan Analisa.